Followers Tersayang

Biskut tart nenas

Assalamualaikum.
Hii.
Hari ni baru start buat biskut,dekat-dekat raya baru sibuk nak membiskut hehe..biskut pertama iaitu tart nanas,biskut yang simple dan senang nak buat..mesti semua tahu nak buat kan..takpe nak kongsi resepi juga sebab gembira biskut ni menjadi..:)

RESEPI : BISKUT TART NENAS
SUMBER : MAT GEBU
Bahan doh:
150 g mentega
100 g margerine
75 g gula aising
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla
Secubit garam
Biji kas-kas untuk hiasan@poppy seed (optional) -saya tak letak
350 g tepung gandum*
50 g tepung jagung*(*digaul dan diayak)
Jem nenas secukupnya.
Bahan untuk glis:
1 kuning telur
1 camca teh susu cair
Secubit garam
1/4 camca teh air
1/4 camca teh esen vanilla
Cara-cara:
Untuk doh:Putar mentega, margerine dan gula aising hingga berkrim. Masukkan kuning telur, esen vanilla dan garam, putar lagi. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dan adunan menjadi doh yang lembut. Tutup doh dengan tuala lembap untuk kegunaan kemudian.
Untuk glis:Satukan semua bahan2 untuk menglis dan ketepikan untuk kegunaaan kemudian.
Untuk tart nenas gulung: Ambil sedikit doh, masukkan ke dalam acuan tat (jenis tekan) dan tekan memanjang. Ambil sebiji jem yang telah dibentukkan tadi, letak atas doh dan gulung sehingga doh menutupi jem, potong dengan pisau dan alihkan ke dalam dulang pembakar, buat hingga siap. Jika doh menjadi keras dan susah untuk ditekan, tambah sedikit mentega pada doh dan uli rata (anggaran 1 camca teh mentega). Sapukan sedikit glis atas tat tadi dan tabur sedikit biji kas-kas@poppy seed. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Selamat mencuba :) Assalamualaikum..

Alhamdulilah rezeki Ramadhan..

Assalamualaikum..
Hii.
Alhamdulilah akhirnya Nuffnang bagi CPUV juga..Terima kasih Nuffnang Sebenarnya saya tak perasan pun ada BE dah credited dan sedang on going..syukur alhamdulilah walaupun tak banyak,sekurang-kurangnya dapat tambah semangat sikit nak rajin berbelog,sebab selama ni jarang update blog sebab tak ada idea hihi..

sikit je..^_^

Senarai penerima kad raya :)

Assalamualaikum.
Hii.
Alhamdulilah seramai 12 16 orang yang nak kad raya dari saya..terima kasih semua :).nanti pm alamat di SINI ya.sebelum jam 10.00 pagi esok..sebab sebelah petang nak pergi pos kad raya..harap-harap sampai sebelum hari raya nanti..
  1. http://nabilaizzati17.blogspot.com/
  2. www.ainahanani.my
  3. http://asyuasyuranovelis.blogspot.com
  4. http://tampawan.blogspot.com
  5. http://cahayashakira.blogspot.com
  6. http://tieysmilez.blogspot.com/
  7. http://norminieza.blogspot.com
  8. http://st0ryab0utprincess.blogspot.com/
  9. http://mamamamy.blogspot.com
  10. http://doubleeudoubleeudoubleeu.blogspot.com
  11. http://heyhoneysista98.blogspot.com/
  12. http://akuayut.blogspot.com/
  13. http://sweetyzhanieyz83.blogspot.com/
  14. http://aidazia.blogspot.com/
  15. http://sallysamsaiman.blogspot.com/
  16. http://iamkpopperss.blogspot.com/
Tak jadi nak pergi pos hari ni sebab ramai lagi yang belum pm alamat..nanti bila dah dapat semua alamat baru boleh pergi pos.
^_^

Siapa nak kad raya?

Assalamualaikum.
Hii.
Ada sesiapa yang nak kad raya dari saya ke?saya nak bagi kad raya,tapi kad raya ni saya beli kat kedai je tak sempat nak tempah.kalau ada yang nak, tinggalkan link blog kat komen entry ni ya..buat masa ni kad raya ada 7 keping je..kalau banyak yang nak insyallah saya akan tambah lagi kad raya..tinggalkan link blog korang sebelum jam 8.00 malam ni,sebab saya nak pos isnin esok ^_^.
Assalamualaikum..

Dah mula sibuk..

Assalamualaikum..
Hii.
Alhamdulilah hari ni dah masuk ramadhan yang ke 19..waktu beginilah kesibukan melanda,sibuk nak buat persiapan raya yang bakal menjelang beberapa hari sahaja lagi.Macam-macam kerja yang nak dibuat,mana nak menjahit,buat kuih raya,kemas rumah itu ini..fuhh nasib baik ada 3 orang adik perempuan..ringanlah sikit kerja nak buat.
Kelmarin dah shopping bahan kuih raya..esok nak start dah buat biskut..seperti biasa tugas mengadun biskut adalah tugas saya,adik-adik tolong terap acuan,tolong jaga oven dan susun biskut.Mama pun ada tugas juga,tugas menyiapkan tempahan kuih tradisional.Bagi saya buat kuih tradisional lagi susah dari kuih moden sekarang..macam kuih jala dahlah satu-satu kena masak pastu nak membentuknya pun perlu kesabaran sebab berhadang depan api,panas tu..Harap-harap dapat siapkan semua kerja sebelum raya hehe..
Korang macam mana dah siap persiapan untk raya nanti?^_^
Assalamualaikum..

Segmen Kad Raya by DiyanaHani.

Assalamualaikum.
Hii
 

 Segmen Kad Raya by DiyanaHani berlangsung selama seminggu iaitu bermula pada 20/7/2013 sehingga 27/7/2013.Segmen ini  diadakan untuk memberi penghargaan kepada penyokong-penyokong blog ini bersempena dengan hari raya aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi. 


KLIK BANNER DAH JOIN 



DIY hias baju peplum simple..

Assalamualaikum.
Hii.
Lagi beberapa hari kita akan menyambut lebaran..wah raya nak dekat,tapi baju masih belum siap..raya tahun ni baju raya dua pasang je..Alhamdulilah dah siapkan sepasang..Kali ni saya nak kongsi cara paling mudah untuk hiaskan baju raya,cara ni sesuai untuk baju yang tak bercorak atau kain kosong..jom kita start..
Ini lah baju yang saya jahit tu..simple je..tak cantik sebab dijahit oleh budak yang baru belajar hihi..
Antara bahan-bahan yang diperlukan..
jahit border lace pada pinggang dan hujung lengan.saya guna 1 meter..
 kemudian jahit bunga ros satin dan manik pearl.untuk tutorial bunga satin boleh klik sini.cara jahit manik pearl tu ikut kreativi masing-masing.
Dah siap pun..simple je..
Hasilnya..^_^
Terima kasih sudi baca..Assalamualaikum.

Dapat cincin preloved giveaway..

Assalamualaikum,
Hari tu Afra Yuri ada buat giveaway barang preloved beliau di SINI..ada pelbagai subang dan cincin cantik-cantik, yang semuanya merupakan barang kesayangan beliau.Saya pilih no 13 iaitu cincin warna hijau..

Suka cincin ni ada batu-batu kecil yang cantik..Terima kasih Afra Yuri..Jom terjah blog beliau http://www.afrayuri.com.
Assalamualaikum..^_^


Siap jahit tepi kain..

Assalamualaikum.
Pasti sekarang ini para tukang jahit sibuk menyiapkan tempahan baju raya..bagi yang hantar kain kat kedai jahit tentu seronok kan,tak payah pening-pening..siap je terus ambil.Kalau yang jahit sendiri mesti pening nak menyiapkan baju..kalau tak siap alamatnya tak berbaju baru lah raya nanti.Raya kali ni target nak siap semua kerja sebelum raya..tak nak jadi macam tahun lalu..raya pertama masih sibuk menyiapkan baju hihi..Kain saya dah siap potong,tapi jahit tepi belum..kat rumah tak ada mesin tu,jadi terpaksa hantar kat kedai.
Hari tu saya beranikan diri hantar sendiri kain ke kedai jahit tepi,sebab sebelum ni mama yang tolong.Kemudian cuba-cubalah tanya kat kedai A,tapi pekerjanya tak ada..hampa.Lepas tu pergi pula kedai B,saya tanya lah baik-baik dengan makcik tu sambil senyum manis,tapi nak tahu apa makcik tu jawab,"kau tidak nampakkah saya satu orang saja ni,aiya macam ni susah saya mahu kerja.saya tidak senang bah ni sekarang,saya tidak senang."dia cakap dalam loghat Sabah harap korang faham lah ye..Makcik tu cakap nada kasar tanpa menoleh kiri kanan..hai makcik takkan tanya saja pun nak marah..nampak sangat tak mesra pelanggan..dalam hati sabar je lah,walaupun rasa nak nangis huhu..Sepatutnya kalau kita nak tarik pelanggan ramai,layanlah baik-baik.kalau sibuk sekali pun cakap lah minta maaf saya sibuk ke kan..barulah kita faham.Tak berputus asa,kelmarin saya ke kedai A sekali lagi dan alhamdulilah pekerjanya ada..dah siap pun jahit tepi kain..sekarang sibuk nak menjahit kain.korang pula macam mana dah siap baju raya ke?
Terima kasih sudi baca enrty yang melalut ni..^_^ Assalamualaikum..

Kuih pasung..

Assalamualaikum.
Hii.
Pasti ramai yang tahu dan pernah makan kuih ni kan..ada juga yang panggil kuih ni kuih celorot,itu dekat Sarawak..tapi kuih celorot lain sikit lah..selain tu ada yang panggil kuih tepung serunai,wah macam-macam nama kan.Di Sabah panggil kuih pasung hihi..kuih ni merupakan kuih tradisional masyarakat suku kaum Kedayan yang dipanggil kuih punjung..kalau perkataan pasung pula dalam bahasa Kedayan bakul penyimpanan barang..ini tak ada kaitan pun hihi..
Kali ni saya tak kongsikan resepi kuih ni,cuma nak cerita-cerita kosong je.Sebenarnya mama saya yang buat kuih ni..biasanya bulan ramadhan lah kuih ni paling laris dijual,jual kat bazaar ramadhan di kampung je.Bahan-bahan untuk buat kuih ni sangatlah ringkas,kuih dulu-dulu kan tak banyak guna bahan.Cuma yang leceh sikit tu masa nak buat kon daun pisang,selalu buat mesti bocor kat bahagian bawah, hasilnya kuih yang masak berlubang di tengah haha..nampak sangat tak ada bakat hihi.
Apa pun kuih ni sedap dan wangi sebab guna air pandan.Lepas ni boleh lah cuba-cuba cari kuih ni kat bazaar ramadhan.Apa kuih kegemaran korang waktu berbuka? kongsilah sikit.. :)
Assalamualaikum..^_^

CONTEST RAMADHAN & RAYA BY CIK AKAK

Assalamualaikum.
Hii.
Bissmillahirahmanirahim .

Sempena bulan ramadhan nie cik akak nak merasmikan satu lagi contest..
Contest nie berlangsung 2 minggu sahaja....
Bermula 10 Julai 2013 dan tamat 23 Julai 2013
Contest ini juga ditaja sepenuhnya oleh cik akak dan rakan sponser yang oshem...



Syarat-syarat penyertaan

  • Mempunyai Belog adalah Wajib
  • Terbuka kepada semua " Belog Malaysia" sahaja
  • Follow Belog cik akak dan para sponser (wajib)
        Hakim , Farah , Kathy , Kak Hasnah , Wani & Nur Aqilah

  • Add Google + Followers Cik akak dan para sponser (wajib bagi mereka yang ada add google + Followers sahaja)
  • Klik SINI , SINI , SINI , SINI , SINI & SINI (tunggu sampai habis loading)
  • Likes Fanpage dibawah (Wajib)
   





banner kredit KathyRbain

  • Copy banner comel cik akak tu dan tempek kat entri kalian
  • Letak Tajuk " CONTEST RAMADHAN & RAYA BY CIK AKAK " Kalau tajuk lain cik akak memang tak layan..
  • Semua peserta wajib memasukkan link blog cik akak ke dalam bloglist masing-masing agar sentiasa alert dengan pengumuman pemenang atau lain2 pengumuman dari cik akak atau sponsor sepanjang contest berlangsung. jika selepas berakhirnya contest kalian nak remove blog cik akak dari bloglist korang pun tidak mengapa. hihihi..
  • Akhir sekali tinggalkan link contest dalam kotak komen cik akak....perlu diingatkan tempat lain selain kotak komen memang cik akak tak layan 100 peratus.
  • Wajib tag 2 orang rakan anda. Pastikan mereka tahu.
  • Jika malas nak buat entri copy je kod html di bawah dan paste di ruangan html new post kalian
Segmen bermula 10.07.2013 dan Tamat 23.07.2013

Jam 12.00 malam (tamat)

*Senarai Peserta*

tag kamu dan awak.

Tampal gigi dibulan puasa,batal ke?

Assalmualaikum.
Hii.
Terfikir pula nak pergi klinik gigi,nak tampal gigi geraham yang berlubang ni..gigi saya tak sakit..kalau setakat kunyah makanan lembut boleh lagi,tapi kalau makanan yang keras macam keropok,kacang dan sebagainya memang payah sikit..sikit je lah.Masa bulan puasa ni lah sibuk nak buat rawatan gigi..bulan yang sebelumnya tak pula sibuk-sibuk (marah diri sendiri hihi).Tapi boleh ke tampal gigi masa bulan ramadhan ni?ada musykil sikit..lepas tu cari kat google rupanya puasa kita tak kan terbatal..Meh saya kongsi sikit dari sumber ini.
Dari artikel yang ditulis oleh Dr Tuti Ningseh Mohd Dom dan juga Dr. Shahida Mohd Said yang telah diberi oleh persatuan dr gigi Malaysia kepada semua dr gigi di Malaysia dan juga dari Persidangan Akademi Fiqah Islam Antarabangsa yang berlangsung di Maghribi dan Putrajaya beberapa tahun lalu merumuskan, ada kaedah rawatan yang tidak membatalkan puasa.
Perkara-perkara yang tidak membatalkan puasa
1. membuat dental check up
2. membuat rawatan gigi ( tampal, cuci, cabut, rawatan akar , membuat gigi palsu etc)
3. mengambil x-ray mulut
4. injection ubat kebas dalam mulut utk cabut gigi
5. tak sengaja tertelan air semasa dr membuat rawatan gigi
6. memberus gigi
7. menggunakan floss utk membersihkan celah gigi
8. Berkumur dengan ubat kumur
9. Menelan air liur
ini pula dari sini.
Soalan
Apakah hukum puasa jika cabut gigi @ tampal gigi @ cuci gigi?
Jawapan
Cabut gigi, tampal gigi atau cuci gigi boleh dilakukan semasa berpuasa dengan syarat tidak menelan segala ubat, darah atau sebagainya.Jika tertelan, maka terbatallah puasanya.Oleh yang demikian, orang yang sedang berpuasa tidak digalakkan untuk melakukan/merawat mulut/gigi semasa berpuasa kerana dibimbangi akan membatalkan puasa. Wallau 'alam.

Jadi nampaknya tak jadi lah nak pergi klinik gigi..tangguh ke bulan lain.sekarang kalau nak makan pun kena pilih makanan yang lembut sedikit,takut nanti gigi jadi sakit semasa mengunyah.
jumpa pula gambar dari google ni.betul ke arang boleh putihkan gigi,ada sesiapa yang pernah cuba?^_^
Assalamualaikum..

Rezeki...

Assalamualaikum.
Hii.
Dah lama nak buat entry ni tapi asyik tertangguh-tangguh saja.Alhamdulilah dapat rezeki hasil join GA dan segmen..
Dapat butang baju melayu dari giveaway ini.^_^,tapi tak tahu dah sampai ke belum butang ni..
suka t-shirt ni ^_^
Rezeki join giveaway ini,saya dapat t-shirt running man.thanks to MAZELINA,Diyana Hani ,dan T-shirt mudah
Dapat topup rm 5.00 dari segmen ini.Thanks to Cik AkakAcik, dan Kak Kathy.
Dapat topup lagi rm 5.00 dari Qaleshya Humairah .
Alhamdulilah.. ^_^

Segmen Jom Pilih Hadiah Raya!

Assalamualaikum.
Hii.
Klik banner nak join..

Segmen ini dianjur oleh Nabila Biela dan ditaja oleh IesyahShadhira, NazirahDr AisyahHasrul HassanEjulzCik WanieLinteddy DesignTiey SmilezKyra Hizrina , Miszz NadeaNor FarhanahNFH Boutiques , Insyirah Collection, Cap Ayam BrandShawls To LoveNur Be'lla CollectionHandmade Bag,De Nasuha TeamHijab Pilihan dan jom ping entry di Pingje.org.
Kalau boleh nak hadiah bedak tanaka dan dress ^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain