Followers Tersayang

Review contact lens : Tutti Circle Beskon

Assalamualaikum..
Kali ni nak review contact lens pula, beli tahun lalu sekarang baru nak buat review hehe. Sebenarnya tak ingat berapa jenis dah lens yang saya telah cuba, asyik gambar bila dah pakai ja sampai lupa nak snap packaging lens tu, Kali ni beli ja lens terus snap. Okey lens kali ni dari Bescon, tak pernah dengar pun sebelum ni (nampak sangat ketinggalan hihi). Apek kedai jam tu cakap lens ni ok daripada kebanyakan lens murah sebab original dari Korea dan jenama pun agak terkenal, maka saya pun beli lah dengan harapan mata jadi cantik macam Korean haha.. Jom berkenalan dengan lens ni
the packaging
oleh kerana saya ni rabun maka ambilah yang ada power.

 

 saya pilih hitam sebab ni ja yang ada power.

Nama produk 
 Bescon Tutti Circle lens in black
Harga
 Normal rm128.00 after discount rm70.00
Tempat beli 
Kedai cermin mata
Kandungan 
 Two steril color contact lenses (Polymacon 62%, 38% water) immased in saline.
Tempoh penggunaan
 3 bulan.
Keselesaan 
3/5
- agak selesa juga 
-lepas pakai 3 jam mata akan rasa kering so kena pakai water drop khas untuk lens.
- suka lens ni sebab nampak cantik dan comel bila bergambar.
-keseluruhannya ok juga lah cuma agak mahal sedikit.
 
lens ni tak lah nampak macam alein seperti kebanyakkan lens hitam yang saya pernah pakai hehe.. sebab diameter cuma 14mm, ngam-ngam besar biji mata.
Ok till then..
Terima kasih sudi baca ^_^

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain